Restu Ibu Bapa Tiada Untuk Sang Pilihan Hati

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Restu Ibu Bapa Tiada Untuk Sang Pilihan Hati

Setiap orang inginkan berpasangan. Seseorang yang dapat kita kongsikan segala suka dan duka dan hidup bersama sehingga ke hujung nyawa. Setelah sekian lama mencari, akhirnya kita berjumpa dengan pilihan hati. Inilah dia insan yang ditunggu selama ini semoga menjadi pasangan yang kekal abadi. Lalu kita ceritakan kepada kedua ibu bapa hasrat untuk mendapatkan persetujuaan dan restu dari mereka. Perasaan berdebar tak terhingga untuk mendengar penerimaan mereka.

Tetapi sayang… Kegembiraan yang diharapkan kini hilang. Lalu kekecewaan datang menjadi pengganti. Ibu bapa tidak berkenan dan merestui pilihan hati. Adakah ini pengakhiran cinta yang abadi? Itulah lumrah kehidupan kita. Tak semua yang kita harapkan akan menjadi milik kita. Ibu bapa mempunyai sebab mereka sendiri yang mungkin kita tidak faham pada ketika ini. Memang betul, yang akan berkahwin itu bukannya mereka.

Tetapi kita perlu ingat, restu kedua ibu bapa jangan dilupa. Mereka yang membesarkan kita dan mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Mereka tahu apa kekuatan kita, mereka tahu apa kelemahan kita. Dan sudah semestinya mereka tidak mahu kehidupan kita musnah setelah mereka jaga dengan penuh kasih sayang. Jiwa muda, darah muda. Mana tidaknya, pilihan hati yang selama ini dicari tidak dipersetujui dan diminati. Sudah semestinya perasaan marah dan kecewa itu wujud dalam diri.

Bersabarlah. Itu yang dapat saya katakan. Walau sehebat mana pun diri kita, jangan diikutkan sangat perasaan amarah itu. Mungkin itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Jika pasangan kita faham, dia pun akan terima keputusan kedua ibu bapa kita. Boleh ke melawan? Boleh ke kalau kita teruskan sahaja perhubungan ini walaupun tanpa restu ibu bapa? Sudah semestinya boleh. Tetapi kena berfikir panjang.

Bagaimana nanti hubungan kita dengan ibu bapa kita nanti? Kita happy, gembira. Tetapi ibu bapa kita sedih, kecewa. Anak yang dibesarkan sekian lama, mengabaikan perasaan tua mereka. Apabila kita berkahwin ini, kita bukan berkahwin antara kita dengan pasangan kita sahaja. Tetapi kita berkahwin bersama dengan keluarga sekali.

Keluarga kita dan keluarga pasangan kita. Dan lagi satu, banyakkan berdoa. Berdoa semoga diberikan petunjuk dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah, jika dia adalah jodoh kita, segalanya akan dipermudahkan. Semuanya akan jalan terus tanpa sebarang halangan.

Tetapi jika dia bukan jodoh kita, akan banyak liku-liku dan halangan yang perlu ditempuhi. Tetapi…mungkin akan ada yang berkata, itulah ujian untuk dapatkan si dia? Hmmm…

Nota Hati.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*