Apabila Bekas Kekasih Ingin Kembali

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Apabila Bekas Kekasih Ingin Kembali

Sufian (bukan nama sebenar) telah berpisah dengan Elfira (pun bukan nama sebenar) hampir tiga tahun. Setelah berpisah, mereka masing-masing membawa haluan dan kehidupan mereka masing-masing.

Sehinggalah pada suatu hari, Elfira tiba-tiba menghubungi Sufian. Pada mulanya, mereka sekadar bermesej bertanyakan khabar. Tetapi semakin lama, semakin kerap mereka bermesej. Dan ada kalanya mereka saling menelefon antara satu sama lain.

Setiap kali apabila dapat bercakap dengan Elfira, Sufian berasa gembira. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan gembira yang dia alami itu seperti ada sesuatu yang kurang.

Dan kekurangan itu adalah jiwa.

Walaupun dia berasa gembira dapat kembali berbual dan bersama dengan Elfira, tetapi sebenarnya dalam perhubungan mereka berdua sudah tidak ada lagi jiwa. Menyebabkan perasaan itu sudah tidak lagi sama.

Once you broke up, everything will no longer be the same even though you are getting back together.

Mr Teddy

Jadi jalan yang terbaik adalah, lepaskan dan lupakan.

Tidak perlu untuk cuba kembali bersama dengan si dia. Kerana perasaan itu tidak lagi akan sama seperti mana anda pertama kali bercouple dengannya.

Mungkin ianya sukar, tetapi itulah jalan yang terbaik.

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*