Dah Dibela Dan Diterima Macam Keluarga Sendiri Tapi Tetap Tak Sedar Diri

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Dah Dibela Dan Diterima Macam Keluarga Sendiri Tapi Tetap Tak Sedar Diri

Terima kasih kalau confession aku disiarkan.  Hi semua. Aku Dee dari selatan tanah air. Nampak tajuk?? Pemusnah keluarga. Bukan aku tapi dia. Nuna.

Bukan nak buka aib tapi ia sebagai pengajaran. Nuna. Anak T.S.T @ A.L.N yang untie aku ambik sejak kecil. Dibela ibarat menatang minyak yang penuh dari kecil walau cuma anak angkat. Untie aku dah kahwin hampir 30++ tahun.

Tapi takde rezeki zuriat. Tiap kali mengandung, cukup 5 bulan, mesti hilang. Ada pengamal perubatan beritahu Nuna ada pendampingnya. Tapi macam biasa bukan semua orang percaya, termasuk untie aku. Jadi faham bukan tentang kehilangan kandungan tu? Sebab aku bukan nak cerita pasal tu.

Nuna ni kalau korang kenal dia korang pun akan terkejut. Berkahwin dan bercerai ibarat hobi di masa lapang. Tau kenapa?

Berkahwin, lepas tu rasa bosan bercerai. Paling lama pon perkahwinan dia cuma 2 tahun. Paling lama membujang @ menjanda 6 bulan. Lepas tu kemaruk lah nak kahwin lagi. Sebab dia bukan perempuan yang jalankan tanggungjawab zahir batin sebagai isteri pun.

Mana aku tahu?Sebab seminggu lepas kahwin suami2 dia da suruh duduk luar. Tapi dia taknak ikut. Alasan nak jaga untie aku. Oh ye, sebelum terlupa.

Nuna pon ikut jejak langkah emak dia jugak. Dia pun ada anak T.S.T @ A.L.N. Suami pertama ayah kandung pada anak dia, malangnya hubungan putus dipertengahan jalan.

Lepas dia bersalin, mereka bercerai. Dia cakap lelaki ni salah. Ada perempuan lain, tak kerja, tak bagi duit, rasa tak bahagia, kaki pukul. Habis masa kau buat anak tu tak rasa pula semua tu?

Okah la kita terima la. Lelaki tu salah.. Tak lama lepas tu, kahwin lagi dengan driver lori.. Bercerai juga dalam masa 2 tahun.

Alasan dia, lelaki tu bukan lelaki yang baik, ada pakai ilmu2 hitam, tak bagi nafkah zahir secukup nya (duit yang banyak). Dalam kata mudah faham, semua yang jahat tentang lelaki ni.

Tap lepas dah bercerai, lelaki ni kahwin dengan kawan sekolah dia, Alhamdulillah masih kekal untuk tahun yang ke 8, siap ada anak lagi. Lelaki salah lagi..

Untie aku macam biasa tetap back up Nuna lah.. Lepas 6 bulan, kahwin lagi. Kali ni dengan driver dato’ pulak. Dalam masa 2 tahun bercerai lagi.

Alasan macam biasa. Lelaki jugak salah. Bagi nafkah tak cukup, ikot bos pegi berjudi kat Tanah Tinggi katanya, perempuan keliling pinggang, bagi nafkah zahir 1. 5k tak cukup sedangkan dia pon kerja, tak layan anak T.S.T @ A.L.N dia macam puteri raja.

Kalau fikir logik untuk apa lelaki ni kena bagi dia nafkah sebanyak tu sedangkan dia langsung tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Lelaki ni ajak duduk dengan dia (masa masih sah isteri) tapi Nuna ni tak nak.

Alasan taknak tinggal untie aku dan anak dia. Tapi kalau korang nak tau dia tak pernah pon jaga anak dia. Semua untie aku yang buat. Bila lelaki ni nak balik jumpa dia, dia tak bagi. Alasan dia tak nak, sebab nanti kena layan suami. Balik sebab nak bersama la tu katanya.

Oh duit dia kau nak, tugas kau tak nak jalankan. Untie aku macam biasa masih berpegang pada Nuna betul. Korang boleh nampak kan siapa yang bersalah dalam setiap kali perceraian?

Nuna ni anak angkat yang tak sedar diri. Pasal dia la adik beradik mak aku berpecah belah. Sampai sekarang lebih kurang 4 tahun dah kami hilang keluarga yang sedarah sedaging.

Macam biasa untie aku masih cakap Nuna betul. Sampai la tiba2 Nuna ni nak kahwin lagi baru2 ni. Siap pakej keluar rumah untie aku lagi.

Habis masa kau ada laki dulu taknak pulak kau duduk luar ikut laki kau. Kami memang tak setuju. Untie aku pun tiba2 tak setuju, untuk pertama kalinya.

Mana taknya dia memang fikir Nuna jadi jahat sebab lelaki tu. Untie aku tetap fikir Nuna pindah keluar rumah pon sebab budak laki tu.

Rupanya supaya senang nak menagih. Nuna dan bakal suami dia ni banyak buruk kan untie aku. Jadi aku dan keluarga yang lain jadi marah la. Sebab untie ni darah daging kami.

Jadi bila untie asyik cerita die sedih, kecewa, tak setuju, apa yang korang expect kami buat?

Kami jumpa Nuna, cuba sedarkan dia apa yang dia buat ni tak betul. Tup2 tiba2 Nuna dengan untie aku berbaik. Dan macam biasa dia berbalik pada perangai asal. Nuna yang betul.

Apa yang betul kalau kau bercinta dan nak kahwin dengan penagih dadah dengan kau2 sekali pon jadi penagih?

Untie aku siap sanggup ketepikan adik beradik dia, sanggup tak raya sama2 sebab takut bila dia bawak Nuna keluarga tak suka. Untie aku mungkin lupa dia lah punca kami marahkan Nuna.

Macam mana aku boleh tahu diorang menagih?Sebab diorang berdua kena tangkap polis.

Nak dijadikan cerita, masa dia kena tu kebetulan anak Nuna pon ada sekali dan barang tu ada pada mereka. Budak lelaki tu sanggup nak pecahkan kes supaya selamat. Last2 mengaku semua barang dia punya.

Jadi Nuna boleh lepas dengan syarat kena jamin 3k macam tu. Tak tahu mana uncle/untie aku pinjam duit nak lepaskan dia, dan macam biasa Nuna tak salah, dia mngsa keadaan.

Walaupun Nuna dah mengaku mula menagih hujung tahun 2019. Sekarang hubungan keluarga yang lain dengan untie aku pun jadi renggang. Semua sebab Nuna. Mana ada darah daging nak biar darah daging sendiri disakiti kan.

Aku tak tahu sampai bila Nuna dan pendamping(diri dia sendiri sebenarnya) nak berubah. Cukup2 lah kau musnahkan keluarga kami.

Dari dulu sampai sekarang. Dah dibela dan diterima macam keluarga sendiri tapi tetap tak sedar diri.

Sepatutnya bila tahu kau anak angkat bila dah besar ni kerja kuat2, balas jasa orang2 yang dah berkorban jiwa raga membesarkan kau ni.

Jaga hati, sakit pening, jangan bagi orang lukakan hati mereka. Ini tidak kau pulak yang makin besar kepala, jadi pemusnah keluarga.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*