Mohon Pekerjaan Guna Kabel Rialiti Hidup Zaman Sekarang

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Mohon Pekerjaan Guna Kabel Rialiti Hidup Zaman Sekarang

Assalamualaikum. Cakap pasal exam online SPA, setiap kali jawab mesti server tak pernah ok.

Orang lain dah boleh start jawab exam, I punya pulak masih loading tak keluar soalan. Internet paling laju, tapi sebab server dia memang cap ayam, so tiap2 tahun hadap masalah sama.

Tang isu server ni tiap tahun berulang dan berulang. SPA tak pernah Improve. Nasib la sape yang tiba2 kena server tak okay.. Dalam ramai-ramai calon tu ada yang bernasib baik smooth je jawab. Yang kurang bernasib baik memang tahan geram jela server prob.

Bila SPA nak improve? Exam on9 ni pun tiada ketelusan sebenarnya. Ramai ahli keluarga, saudara-Mara, kaum kerabat yang minta orang lain tolong jawabkan exam on9 SPA.

Alhamdulillah semua dapat kerja hasil dari effort orang lain. Halal ke kerja tu nanti? Ada unsur penipuan. Ni belum masuk group telegram yang buat live sharing jawapan masa exam on9 sedang berlangsung.

Takyah kira-kira dan takyah perah otak, tiru je sebijik-sebijik jawapan yang dah tersedia. No wonder ada pegawai-pegawai yang tak berapa cerdik pun sebenarnya tapi pegang jawatan besar-besar. Sebab exam pun tak jawab based on usaha dia sendiri.

Kalau dari exam on9 pun dah ada unsur penipuan, macam mana dah kerja nanti? Boleh dijamin ke integriti dan ketelusan sepanjang bekerja? Ya sekarang zaman orang terdesak nak kerja, sanggup buat apa saje asalkan dapat kerja.

Dulu I tak suka kabel-kabel ni walaupun I boleh je guna kabel. Pakcik I pengarah di bahagian kementerian xx.. Makcik I orang besar di kementerian yy.. Ayah I pun ada jawatan besar dalam sektor zz..

Alhamdulillah hasil dari background family yang ada pangkat besar-besar ni, sedara Mara ramai dapat kerja hasil bantuan ‘pangkat’ dan recommendation dari family sendiri.

Sehinggalah at the end, I give up nak guna effort sendiri. Sebab dah nampak depan mata bahawa kabel tu memang penting zaman sekarang. Akhirnya I sendiri give up and guna kabel.

Dapat recommendation dari pakcik untuk kerja di kementerian blabla. First sekali kena lulus exam on9 dulu. Dah sampai peringkat interview, semua boleh ejas. Tapi kena la betul2 buktikan yang kau memang calon terbaik. Bukan setakat 100% rely on the cable.

Sebab bila interview process, semua calon hebat-hebat sebenarnya. Nak guna sikit je, so masa ni la faktor ‘kabel’ ni penting. Bayangkan ada 3000 calon berkaliber yang panel susah nak pilih.

Semua sama semua terbaik. Nak pakai 500 je. Susah betul nak pilih top 500 ni. So masa ni sape yang ada kabel dan dia pun perform masa interview, insyaAllah senang dapat.

At the end yang guna kabel akan cakap “Dah tu rezeki kami. Janganlah dengki. Maybe ni bukan rezeki awak”. Tapi kalau awak ada kabel besar tapi time interview hancur, iv tetap tak dapat gak.

Panel ni bukannya kayu yang tak reti evaluate your value. Dia tetap nak yang terbaik gak. Kabel ni just membantu dalam process decision making je. Bukannya you bodoh dan tak layak pun, interview pun failed tapi tetiba dapat jawatan tu. No no. Kabel tak macam tu.

Before ni pun I pernah attend interview dalam kementerian xxy dan jadi calon ‘buat syarat je’. Ni panel tu sendiri bagitau tu. Sebab diorang sebenarnya dah ada calon reserved & of course calon tu ada kabel yang sangat strong.

Anak somebody. So I dan calon lain ni dijemput hadir interview atas dasar buat syarat je, nak nampak buat kerja la tapi sebenarnya kuota dah penuh. Tapi I nak pesan lah, kalau ada kabel pun belum tentu u terpilih.

Kalau u teruk u tetap takkan dapat. So ditakdirkan I dapat interview tu dan budak yang pakai kabel tu tak dapat sebab dia memang teruk gila interview.

Panel tu sendiri citer, takkan dia nak hire anak somebody tu walaupun dia sebenarnya tak layak? So at this moment, you guna kabel or tak, kalau u perform dan beat the rest insyaAllah you’ll make it.

I dapat sebab I memang all out time interview. I tunjukkan yang I memang worth to be hired and I ada nilai yang orang lain takde.

Tapi I tak grab pun kerja tu sebab nak ambil pengalaman je. Tapi tetap budak tu tak dapat jugak kerja tu walaupun I decline the offer. Nak cakap kat sini, rezeki ni memang Allah yang atur.

I punya makcik kawan baik dengan pengarah agensi XX. So haritu dia nak apply biasiswa XX tu untuk anak dia tapi dia punya urusan nak apply tu smooth gila.

Dia call je pengarah XX tu supaya bagi biasiswa tu kat anak dia. I was like seriously my cousin dapat biasiswa camtu je? Just through calling?

Padahal result SPM dia tak straight As pun dan biasa-biasa je result dia. Masih ramai yang lebih layak tapi disebabkan dia ada kabel so that’s it. After that calling, just prepare the documentation and everything.

So memang smooth jela prosesnya. Tak sesusah orang lain yang kena compete dengan ramai calon. Orang lain kena jawab iq test la interview la. Dia pun jawab juga, tapi buat syarat jelah. Biasiswa tu memang dah secure.

Alah isu kabel ni takkan pernah pupus pun..

It’s all about politik kerja. Yang kerja dari lantikan politik tu pun sah-sah la guna kabel.. Yang rapat dengan menteri blabla mesti la ada advantage untuk kerja yang dia apply under menteri tu. Masa ni la member nak tolong member. Betul tak?

I perasan ada satu agensi ni staff situ mostly anak beranak. Yelah asal ada kerja kosong je iklan tak sampai pun kat orang lain sebab staff sendiri taknak hebahkan iklan tu. Dia forward kat anak beranak je.

So at the end memang anak beranak dia jelah apply kerja tu, persaingan kurang so at the end diorang jelah yang diserap kerja. Tapi diorang pandai berlakon macam bukan anak beranak. Haritu kantoi rupanya semua tu sedara mara. Bijak gak diorang.

Kronism ni bukan menteri-menteri je buat, staff kerja gomen swasta pun buat. Selagi boleh utamakan family dan sedara Mara, memang selagi tu anak beranak je di utamakan. Yelah takkanlah nak utamakan orang luar yang entah sape-sape kan.

Hidup ni memang kena fikir family dulu baru orang luar. Pernah member I mintak kerja XX under agensi XX.. Kerani yang uruskan pengambilan pekerja di agensi tu kemain taknak layan member I nak apply kerja tu..

Katanya member I tak layak lah, kerja tu tak kosong la padahal memang ada kosong pun..

Macam-macam la alasan kerani tu taknak bagi member I apply.. Rupa-rupanya kerani tu nak anak sedara dia yang apply.. so kalau ada orang luar nak apply, dia cuba taknak layan sebolehnya sebab nak jugak bagi anak sedara dia dapat kerja tu..

At the end anak sedara dia tak dapat pun kerja tu tapi member I dapat..

Puas hati member I bila tengok reaksi muka tak puas hati kerani tu.. hahahaha..

Means anak sedara dia tu memang tak layak lah.. Member I debater kot, setakat sembang interview tu celah gigi dia je.. Anak sedara ko nak beat member I? Puihh

Moral of the story, confession ni just nak bagitau the reality of dunia pekerjaan zaman sekarang lah.. Banyak je orang guna kabel tapi simpan sendiri jelah..

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Takkan yang guna kabel nak bagitau dia pakai kabel kan? Come on lah. Dunia ni sendiri adalah perlumbaan. Orang berlumba-lumba nak dapatkan kerja sekarang.

Cuma, yang takde kabel tu takyah la sedih. Rezeki ni Allah yang atur. Yang ada kabel pun belum tentu dapat kerja. Tapi to be honest I sendiri tak suka kabel kabel ni.

Tapi tulah benda ni dah macam nature, akan sentiasa ada orang guna kabel walaupun tak ramai.

Yang ada pangkat dan kuasa ada advantage dan yang hina dan terkebawah ni susah sikit la nak daki setinggi dengan orang have-have ni. Sebab depa selalunya utamakan geng depa dulu. Kena compete lebih sikit la dari orang lain bagi yang takde kabel ni.

Keberkatan? Entahlah. I rasa yang guna kabel tanpa memerlukan effort ni memang tak berkat la hasil kerja tu. I sendiri guna kabel tapi I tahu I memang layak dapat sebab time interview memang I perform berbanding calon lain.

I memang all out untuk interview dan panel pun puji I sebagai the best candidate even ada panel tak kenal pun I..

I guna kabel tapi panel yang kenal I tu sorang je..

Yang menemuduga I tu ada 3 panel.. 2 panel lagi tak kenal I.. So kalau 2 panel tu tak nak ambik I, I tetap tak dapat kerja tu.. Faham tak?

Tapi kalau yang jenis memang tak layak tapi guna kabel ni I pun tak suka. Bukan tak suka tapi benci sebab dia memang tak layak dan dia dah ambik hak orang lain yang lebih layak. Do u get what I mean?

I pernah je ada experience interview dengan candidate yang langsung not worth langsung untuk diterima kerja tu but at the end dia dapat kerja tu sebab bapak dia pengerusi lembaga xxx dan bestfriend dengan kesemua panel interview tu.

Yang ni I benci, ramai candidate sumpah seranah dia di belakang sebab memang dia TAK LAYAK TAPI DAPAT.

Dengar citer hidup dia pun banyak je masalah sekarang walaupun kerja bagus. Itu mungkin sebab kerja tak berkat. Permulaan kerja pun dah tak berkat so terimalah akibatnya.

– Jijan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*