Aku Hampir Muflis Kerana Personal Loan

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Aku Hampir Muflis Kerana Personal Loan

Assalamualaikum pembaca sekalian. Namaku Farah, berumur 37 tahun dan aku bekerja di timur tanah air sebagai pegawai kerajaan di salah sebuah organisasi yang terkemuka di Malaysia.

Tahun ini adalah tahun ke 13 aku bekerja, dengan bebanan hutang yang sungguh banyak.

Aku sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak. yang sulung berada di Darjah 3 dan yang bongsu berusia 2 tahun.

Untuk pengetahuan semua, suami ku juga pegawai kerajaan dan kami mempunyai dua kereta dan sebuah rumah.

Tak tertanggung rasa kesalan di dada akibat nafsu dan sikap yang tak fikir panjang. Iaitu pinjaman peribadi.

Aku mula meminjam dari sebuah bank seawal usia 24 tahun dengan gaji penuh RM2500 iaitu tahun pertama aku bekerja. dan pinjaman itu bukanlah sedikit tapi banyak.

RM20,000 selama 9 tahun. Untuk apa meminjam? Tiada alasan melainkan terpegaruh dengan ajakan pihak Bank tambahan aku baru mula bekerja.

Aku juga menjadi seorang bendahari di tempat aku bekerja dan banyak yuran yang dibayar, diguna oleh aku untuk membeli belah. Aku menjadi rambang mata dengan semua jenama yang berada di pasaran.

Aku beli dan terus membeli. Duit yuran yang aku gunakan, aku bayar dengan wang pinjaman yang aku buat. Aku beri pada ibu bapa ku pada mertua dan untuk kesenangan diri sendiri.

Aku terus pinjam terus meminjam hingga aku seronok ‘overlap’ tanpa perlukan dokumen yang banyak. Nak duit telefon saja bank. Saya nak overlap. Mudah.. Mudah. Dan kelulusan itu hanya sekejap. Duit sudah ada di dalam bank.

Boleh dikatakan aku meminjam hampir 75,000 untuk apa? Untuk tak tahu. Biasalah bila overlap gaji masih banyak.

Kereta aku pada masa itu RM750 sebulan, bakinya untuk bayaran PTPTN, duit ansuran pinjaman.

Oh lupa. Aku juga menggunakan dua kredit kad dan semuanya had penggunaan RM6000 dan semua habis digunakan.

Emas? Aku tak beli emas. Aku tak tolong ibu bapaku untuk baiki rumah dan aku juga tidak berjalan ke luar negara. Malah aku tidak pernah ke luar negara dan tiada seurat emas pun di tubuhku.

Tahun berlalu, aku kembali ke Bank yang lain untuk ‘refinancing’ kesemua jumlah pinjaman yang membolehkan bayaran ansuran setiap bulan dikurangkan.

Untuk pengetahuan semua, jumlah pinjaman aku setakat ini sudah mencecah RM280,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM2800.

Gaji yang tinggal hanyalah RM2400 dan perlu membantu suami menyara keluarga dan bayaran ansuran rumah.

Untuk pengetahuan pembaca, bayaran ansuran rumah adalah dikongsi iaitu sebulan RM900 kerana rumah kami bernilai RM370,000. Dan pinjaman perumahan adalah nama suamiku.

Aku buntu memikirkan cara untuk kelangsungan hidup. Tiada siapa yang tahu tentangku melainkan Allah. Duit yang aku gunakan untuk perbelanjaan adalah pinjaman peribadi semata-mata.

Senang cerita, duit gaji sudah habis licin membayar hutang itu dan ini. Kereta juga tidak mampu dibeli baru akibat kelekaan aku bersama pinjaman peribadi.

Aku harap dengan confession ini, pembaca boleh la cuba menjaga kewangan masing-masing. Jangan diikut rasa nanti binasa.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*