Amalan Saya Mudah Untuk Bersalin

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Amalan Saya Mudah Untuk Bersalin

Assalamualaikum semua.. saya nak kongsi pengalaman bersalin dan amalan yang saya buat sepanjang mengandung bagi mudahkan proses bersalin. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu.

Anak sulung saya lahir pada tahun 2016 secara normal di usia kandungan 39 minggu. Pada hari tersebut, saya rasa perut mengeras tetapi tiada contraction.

Lepas isyak, saya tidur dan terjaga tengah malam untuk membuang air dan pada masa itulah turun tanda (darah).

Saya terus mengajak suami ke hospital. Sampai di hospital, setelah selesai pendaftaran, doktor check bukaan pintu rahim rupa-rupanya dah terbuka 8 cm!

Masa ni barulah saya rasa contraction kuat. Terus jururawat tolak saya ke labour room dan setengah jam kemudian saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Anak kedua saya pula dilahirkan di usia kandungan 38 minggu secara induce kerana saya gdm on insulin. Sebelum proses masukkan ubat, laluan telah terbuka 2 cm.

Pukul 7 pagi doktor masukkan ubat dan check bukaan pada jam 1 petang. Waktu ni memang saya tak rasa sakit langsung.

Disebabkan bukaan masih 2 cm, jadi saya dimasukkan lagi ubat pada jam 1 petang. Pukul 4 petang saya mula rasa contraction tetapi masih boleh tahan.

Waktu ni saya berjalan- jalan dalam wad bagi percepatkan proses bukaan. Pukul 7 malam saya rasa contraction makin kuat dan doktor check bukaan adalah 6 cm.

Sementara tunggu untuk ke labour room, air kutuban saya pecah dan tiba-tiba saya rasa nak meneran. Berlari-lari jururawat tolak ke labour room. Sampai di labour room, dah nampak rambut anak saya.

5 minit kemudian saya selamat lahirkan anak kedua saya. Kalau orang tanya adakah bersalin induce lebih sakit dari normal? Jawapan saya, sakitnya sama sahaja. Yang penting, mindset dan fikir positif.

Jadi, saya akan kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan bagi mudahkan proses bersalin.

1. Berdoa – Setiap kali lepas solat, saya berdoa mohon Allah mudahkan proses saya mengandung dan melahirkan.

Saya mula berdoa selepas berkahwin (sebelum mengandung lagi saya dah start berdoa). Walaupun saya dah melahirkan 2 orang cahayamata, saya akan terus berdoa semoga urusan mengandung dan melahirkan anak seterusnya dipermudahkan.

2. Sedekah – Waktu hamil anak sulung, saya banyak menderma di tabung masjid. Disebabkan tahun ni covid, tak dapat ke masjid, jadi saya menderma di akaun online contohnya Ustaz Ebit Lew dan Jariah Dato Rizalman.

Selepas menderma, berdoa semoga urusan bersalin dipermudahkan. Selain tu, saya juga sering belanja keluarga dan rakan pejabat makan.

3. Membaca AlQuran – Sepanjang hamil, saya banyak membaca surah Yasin, surah Mariam, surah Luqman dan surah Yusuf. Saya juga membuat majlis bacaan Yasin di pejabat dan jamuan ringan.

4. Banyakkan berjalan dan bersenam – Pada usia kandungan 37 minggu ke atas, saya akan ke mall untuk berjalan dan selebihnya saya akan buat squat di rumah.

5. Minum minyak kelapa dara – Walaupun sesetengah orang tak berkesan, bagi saya dua orang anak saya lahir dengan mudah. Saya amalkan minum kelapa dara pada usia kandungan 8 bulan.

6. Study gentle birth – Ibu- ibu boleh belajar teknik pernafasan ketika contraction.

7. Senaman yang diajarkan oleh JamuMall iaitu 3 teknik mudah bersalin (Boleh cari di Youtube).

8. Mohon maaf pada suami dan mak ayah -perkara paling penting sebelum bersalin supaya kita mendapat redha suami dan mak ayah. Doa mereka adalah paling mustajab.

Ini adalah antara perkara yang saya buat bagi memudahkan proses bersalin. Jika ibu-ibu ada amalan lain, boleh kongsikan di ruangan komen.

Terima kasih.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*