Bukan Mudah Untuk Melepaskan Orang Yang Kita Sayang

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Bukan Mudah Untuk Melepaskan Orang Yang Kita Sayang

Setiap orang akan mempunyai satu lagu yang apabila dia dengar je akan membuatkan dia teringat pada seseorang atau pada sesuatu peristiwa.

Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang mendengar lagu Terakhir yang dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi. Ada sesiapa yang suka dengar lagu ini tak? Say hye! (Hye~~~!)

Apabila saya mendengar bait-bait lirik dalam lagu ini, ianya membuatkan saya teringatkan pada seseorang. Terutamanya pada part lirik lagu ini:

Melepaskanmu… Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini. Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati. Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu

Memang betul apa yang disampaikan dalam lagu ini. Bukan mudah untuk kita melupakan orang yang kita sayang. Lagi-lagi apabila kita mempunyai banyak sangat kenangan dan peristiwa yang kita lalui bersama ketika kita ada bersama dengannya.

Tetapi kini semuanya sudah tidak bermakna lagi…

Semuanya kini hanyalah kenangan yang menjadi sebahagian dalam memori hidup kita. Nak tak nak, kita terpaksa melepaskan dia dan merelakan dia pergi.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini adalah berhenti sejenak, dan cuba fikirkan kenapa ini semua terjadi?

Bukankah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita adalah satu ujian? Dan setiap ujian itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri?

Mungkin Allah sedang menguji kita supaya kita beringat bahawa di dunia ini tidak semuanya kekal. Tak semua yang kita miliki akan kekal menjadi milik kita selamanya. Jadi Allah turunkan ujian agar kita sedar bahawa insan yang kita sayang itu bukanlah hak milik kita yang abadi.

Kita juga perlu bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita. Allah masih berikan kita peluang untuk kembali ingat kepadaNya. Allah tidak membiarkan kita terus hanyut dan leka dalam percintaan. Tetapi Allah datangkan ujian agar kita berhenti sejenak untuk berfikir dan beringat kepadaNya.

Dan ianya juga mungkin merupakan satu peluang untuk kita berjumpa dengan seseorang yang lebih baik daripada kekasih lama kita. Kita kena yakin bahawa nanti akan datang seorang insan yang dapat mengembirakan hati kita. Yang dapat berikan kita ketenangan dengan izinNya.

Saya faham, ianya amat sukar. Tetapi saya percaya dengan berlalunya masa, anda akan dapat melupakan si dia. Apa yang penting, anda kena kuat untuk menerima kenyataan dan sedia untuk meneruskan langkah ke hadapan.

Yang pergi, biarkan berlalu pergi. Tutup buku lama, dan buka buku yang baru. Mulakan dengan Bismillah, dan mulakan langkah.

InsyaAllah anda akan bertemu dengan insan yang dapat membahagiakan hidup anda di dunia dan di akhirat. Dan pada waktu itu anda akan mengucapkan Alhamdulillah, dan bersyukur dengan tak terhingga.

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*