Saya Dan Skandal Dengan Suami Orang

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Salam admin. Saya nak pandangan nota hati. mcm ni. saya umur 34.masih bujang. saya ada skandal dengan SUAMI orang. dia dari company yang berdekatan dengan tmpat kerja saya.
kami dah 5 tahun ada hubugan. tapi bukan la kerap berjumpa. cuma banyak berwhatsapp kadang2 keluar makan sesama. tapi jarang sangat..

Pada kami hubungan kami ni hanya suka2. untuk meluah macam2. tapi bila keluar bersama, memang macam pasangan bercinta. pegang tangn, peluk semua. tapi tak la kerap berjumpa. sekarang ni dia nak tinggalkan saya. atas alasan komitmen dah bertambah dan dia makin banyak beban kerja. dia takde masa untuk saya.

Dia kata dia nak fokus pada family dan anak2. sebab anak semakin ramai. dah 4 orang. waktu mula2 kenal dulu dia dah anak 2. sekarang dah 4. kalau tu alasan dia. saya tak kisah nak lepaskan dia. sebab saya pun hanya suka2. sebab tu selama kami ada hubungan saya tak pernah ganggu isteri dia. sebab saya pun tak ade niat rosak kan hubungan family dia. saya hormat hubungan dia. sebab tu isteri dia tak pernah tahu tentang kami.

5 tahun kot, kalau saya ada niat jahat, da lama saya beritahu wife dia ttg kami.

Tapi sekarang dia nak tingalkan saya. kata dia busy. dia dah mula tak nak wasap saya. padahal status wasap sentiasa ‘online’. hati saya kuat mengatakan dia dah ada orang lain. iaitu bekas teman wanitanya. tapi saya belum ada bukti. saya tiada masalah tinggalkan dia tapi. Perlu ke saya cari bukti yang dia ada wanita lain dan tunjuk pada wife dia sebab saya kesian juga pada wife kalau betul la suami dia ada wanita lain lg.

Atau tinggalkan dia. saya buat bodo. biarkan aje Wife dia tahu sendiri perangai suami dia? Tapi hubungan 5 tahun dengan saya pun dia bijak sorok kan. rasanya tiada masalah untuk dia sorok kan hubungan yang lain juga. lebih2 pulak bekas kekasih nya tu pun status isteri dan ibu orang. tapi cinta pertama katanya. susah nak lupakan.

boleh bagi saya kata semangat untuk lupakan dia. sebab tipula kalau tak rasa sayang. tapi saya pun tak nak dah dengan dia. cuma tak puas hati dengan perangai dia . dan minta doakan saya dipertemukan dengan jodoh saya cepat agar tak terperangkap lg dengan kata2 suami orang yang bermulut manis.

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*