Tebal Muka Meminjam Sana Sini Sampaikan Orang Cakap Kami Ni Macam Dah Teruk

Join Telegram Nota Hati Di Bawah

Telegram

Tebal Muka Meminjam Sana Sini Sampaikan Orang Cakap Kami Ni Macam Dah Teruk

Salam admin,saya sekadar nak meluahkan rasa kat sini and nak mintak bberapa pendapat, citanya macam ni saya dah berkahwin 4 tahun lebih and ada sorang anak lelaki umuq 3 tahun, masalahnya kadang saya rimas sangat dengan sikap suami yang terlampau sambil lewa akan sesuatu hal, contoh baru baru ni pakis tan nyaris nyaris tipu duit dia bab beli karpet, nasib saya tersedar sebab dia bgtau harga lain tapi nak bayar harga lain.

Bila saya marah dia cakap dia tak sure harga berapa, tapi tak pandai plak nak confirm dengan saya and lepas tu kami p shopping barang2 rumah bayar debit kad saya, Saya perasan yang dia dah keluarkan duit saya dari atm rm100 sebelum tu tapi time nak bayar tu tak cukup guna debit sebab semua 200+ saya ingat dia ada duit rm100 nak topupkan harga barang tapi relax je dia cakap tak adak cash, terpinga pinga saya suruh cashier tu cancelkan sedikit barang sambil chasier tarik muka hmm,

Lepas2 tu baru dia marah2kan saya cakap berbelanja boros macam nak kiamat tapi semua barang tu barang rumah jaa yg dah lama habis, anak sampai dah makan nasik dgn kicap dah sebab barang masak and barang basah dah habis campur susu and pamper hujung2 jaa semua, barang saya jangan cakap laa kan nak beli baju sehelai pun setahun.

Suami keja mekanik jentera berat gaji dalam 2000+ tapi saya tak pernah tahu duit kemana tahu tahu dah habis wlaupun moratorium sekarang ni and tebal muka meminjam sana sini sampaikan orang cakap kami ni macam dah teruk saya kerja biasa jaa gaji 1200 ni lah yang beli barang rumah, saya kadang rasa stresss sangat rasa mcm dah malas nak berpisah pun ada, rasa macam kemurungan dah ni, mohon kata semangat dari semua.

Hantar confession anda di sini -> https://notahati.com/hantar-artikel/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*